DARAH CAIRAN YANG KELUAR SEWAKTU WANITA MENGANDUNG DAN MENOPOUSE

Khamis, 14 April 2011

Hukum Pemberian dan Penerimaan Upah Mengajar Al-Quran

Mengajar orang membaca al-Qur’an adalah satu tugas yang mulia di sisi Allah s.w.t. Bahkan ia merupakan fardhu kifayah yang mesti dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Namun timbul persoalan mengenai hukum membayar upah kepada guru yang mengajar al-Qur’an. Bagi menjawab persoalan ini, amat wajar sekiranya direnungi terlebih dahulu ketetapan hukum mengajar al-Qur’an pada zaman Rasulullah s.a.w yang menunjukkan bahawa perbuatan menerima upah hasil dari usaha mengajar al-Qur’an adalah perbuatan yang dilarang.

Menerusi sunan Abi Dawud diriwayatkan daripada Ubadah Ibn al-Samit, beliau berkata :

“Aku mengajar masyarakat daripada golongan al-suffah menulis dan membaca al-Qur’an. Maka salah seorang di antara mereka memberi sebusur anak panah kepadaku. Aku berkata anak panah ini bukan harta dan aku dapat menggunakannya dalam jihad fi sabilillah. Aku akan datang menemui Rasulullah s.a.w. dan aku akan bertanya kepada Baginda. Maka aku datang menemui Baginda. Lalu aku berkata: “Ya Rasulullah, seseorang telah memberiku hadiah sebusur anak panah, orang tersebut di antara orang yang aku ajari menulis dan membaca al-Qur’an, dan ia bukanlah harta dan ia juga dapat aku pergunakan dalam jihad fi sabilillah. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau kamu ingin diberi rantai lehermu daripada api neraka, maka terimalah hadiah itu.”

Menerusi hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengambil bayaran dengan sebusur anak panah atas usaha mengajar al-Qur’an, maka Allah akan melingkari lehernya dengan sebusur anak panah daripada api neraka.”

Baginda Rasulullah s.a.w.dalam hadith tersebut dengan tegasnya menetapkan hukum larangan tersebut. Walau bagaimana pun, sejarah hukum syarak juga mencatatkan bahawa Umar r.a. memberi gaji atau bayaran kepada tiga orang guru mengaji al-Qur’an yang mengajar anak-anak di Madinah pada masanya. Mereka telah menerima gaji sebanyak lima belas dirham bagi setiap bulan. Al-Hasan juga memberi bayaran sebanyak sepuluh dirham kepada tuan guru mengajinya.[1] Maka diriwayatkan pula bahawa al-Hasan mengatakan :

“Ketika aku sudah pandai (membaca al-Qur’an), aku mengatakan kepada bapa saudaraku: “Hai bapa saudaraku, guru mengaji al-Qur’an itu meminta sesuatu.” Bapa saudara beliau menjelaskan pula: “Dulu mereka tidak menerima apa-apa bayaran. Berilah dia lima dirham.” Demikianlah aku merayu sampai aku memberinya sepuluh dirham.

Walau bagaimana pun, para fuqaha bagi setiap mazhab mereka berselisih pendapat dalam ibadah-ibadah selain solat, puasa dan haji seperti dalam hukum pengambilan atau pemberian upah kepada orang yang mengajar al-Qur’an, ilmu agama dan lain-lain.

Ulama Mazhab Hanafi terbahagi kepada dua golongan. Pertama adalah golongan mutaqadimin. Golongan ini berpendapat bahawa pengambilan upah dalam perkara-perkara ketaatan kepada Allah adalah tidak diharuskan. Antara hujah mereka adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Hendaklah kamu membaca al-Qur’an dan jangan kamu mencari makan dengannya.”

Golongan yang kedua pula adalah golongan mutakhirin telah menfatwakan keharusan mengambil upah dalam sesetengah ibadah dan keharusan ini hanya dalam keadaan darurat dan terdesak sahaja. Fatwa ini jelas menyalahi fatwa Imam Abu Hanifah sendiri dan fatwa dua orang muridnya iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad al-Syaybani. Bagi golongan ini, mereka telah mengharuskan upah mengajar al-Qur’an kerana dibimbangi pengajaran al-Qur’an akan diabaikan jika tidak diajar kepada umat Islam.

Di samping itu, golongan mutakhirin masih berpegang kepada fatwa yang tidak mengharuskan pengambilan upah bagi amalan-amalan yang tidak membawa ke tahap darurat atau mendesak seperti upah membaca al-Qur’an di atas kubur, di tempat kenduri, rumah-rumah anak yatim, tahlil dan sebagainya.

Selain itu, majoriti daripada fuqaha yang bermazhab Maliki menghukumkan harus mengambil upah berdasarkan hujah bahawa manusia memang berminat untuk mempelajari al-Qur’an dan terdapat hadith yang mengharuskannya menerusi sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesungguhnya perkara yang paling wajar untuk kamu mengambil upah terhadapnya adalah kitab Allah.”

Menurut fuqaha mazhab Syafi’e pula, berpendapat bahawa sah pengambilan upah bagi orang mengajar al-Qur’an, membaca al-Qur’an untuk orang mati dan sebagainya. Dari sudut mengajar al-Qur’an, upah tersebut mestilah berasarkan kepada tempoh. Misalnya, selama sebulan dan bukan pula berdasarkan jumlah ayat yang diajar oleh guru tersebut.

Menurut Mazhab Hanbali pula, tidak sah kontrak upah untuk melakukan ibadah seperti mengajar al-Qur’an, fiqh, hadith dan sebagainya. Pendapat ini adalah bersamaan dengan pendapat golongan mutaqadimin daripada mazhab Hanafi. Mereka berpendapat sah jika kontrak tersebut adalah ju’alah dan diharuskan jika habuan yang diambil atas asas waqaf untuk perkara-perkara ketaatan yang memberi manfaat seperti mengajarkan al-Qur’an untuk membantu melaksanakan perkara-perkara ketaatan.

Kesimpulannya, pemberian wang atau apa-apa material sebagai tukaran kepada tugas ibadah yang dijalankan adalah harus atas asas ju’alah atau pun waqaf.[2]



[1] Mohd Liki bin Hamid (2004). Hubungan Budaya dan Hukum : Tumpuan Khusus terhadap Perubahan Amalan Pertanian Padi di Kedah dan Kesannya kepada Ibadat Zakat Padi : Hukum Islam dan Budaya Tempatan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Halaman 232-233

[2] Rushdi Ramli dan Luqman Hj. Abdullah (2004). Pemberian dan Penerimaan Wang Saguhati/Upah dalam Pelaksanaan Ibadah di Kalangan Masyarakat Melayu: Satu Penelitian : Hukum Islam dan Budaya Tempatan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Halaman 188.

Ahad, 10 April 2011

DARAH CAIRAN YANG KELUAR SEWAKTU WANITA MENGANDUNG DAN MENOPOUSE

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TAJUK :

DARAH CAIRAN YANG KELUAR SEWAKTU WANITA MENGANDUNG DAN MENOPOUSE

NAMA PENSYARAH :

MOHD NOOR BIN DAUD

NAMA KURSUS

FIQH IBADAH

KOD KURSUS

LIN 2013

SEMESTER/ SESI

SEMESTER 1 SESI 2009/2010

NAMA PELAJAR :

1. MD NAZIR BIN IBRAHIM ( D20082033786)

2. AHMAD ZARIN BIN SHAMSUDDIN (D20082034018)

3. MOHD FIRDAUS BIN RAZALI (D20082033785)

ISI KANDUNGAN

Prakata penulis .............................. 2

1.0 Pendahuluan .............................3

2.0 Objektif kajian ...........................3

3.0 Definisi Darah Haid, Istihadah Dan Nifas ..........................3

4.0 Keadaan Darah Wanita Semasa Mengandung Dan Menopouse ...5

4.1 Keadaan Darah Wanita Semasa Mengandung ....5

4.1.2 Dalil dan Perbincangan ...................................7

4.1.3 Pandangan Yang Terpilih ................................10

4.2 Keadaan Darah Wanita Semasa Menopouse ......11

4.2.2 Dalil dan Perbincangan ...................................11

4.2.3 Pandangan Yang Terpilih ..............................13

5.0 Kesimpulan ........................................................14

6.0 Bibliografi ..........................................................16

PRA KATA PENULIS

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. Sekilas ingatan buat fuqaha’ Islam, peneraju al-Din tercinta, para syuhada’ pembela agama dan seterusnya muslimin muslimat mukminin mukminat seluruh dunia. Untaian kesyukuran dirafa’kan buatMu, Rabb al-Jalil kerana dengan nikmat dan keizinanNya, dapat juga kami menyempurnakan kertas projek ini yang bertajuk “Darah Cairan Yang Keluar Sewaktu Wanita Mengandung Dan Menopouse ; Satu Kajian Hukum”. Di kesempatan ini, sekalung penghargaan diucapkan buat penyelia kami, al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Bin Daud selaku pensyarah bagi subjek Fiqh Ibadah dan para pensyarah di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan sokongan kalian selama ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami, keluarga, rakan-rakan sekuliah dan semua pihak yang turut membantu dalam proses menyiapkan kertas projek ini. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Semoga hasil kertas projek ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang ramai, masyarakat dan negara.

Di kesempatan ini insya-Allah kami akan cuba membincangkan mengenai masalah dan persoalan yang sering kali dikaitkan dengan golongan hawa. Kebiasaannya golongan ini akan didatangi masalah yang berkaitan dengan sesuatu cairan (darah) sepanjang tempoh kehidupan mereka. Bermula pada awal akhir baligh secara lazimnya, mereka akan didatangi dengan darah yang dinamakan sebagai darah haid. Setelah beberapa tempoh masa yang tertentu, sudah tentu mereka akan melalui alam perkahwinan dan berkemungkinan akan hamil. Kebiasaannya juga, golongan ini tidak akan terlepas dari belenggu permasalahan seperti apa yang telah dialami oleh mereka pada peringkat awal kedatangan haid. Cuma apa yang membezakan perkara sedemikian adalah dari segi jenis dan bentuk darah tersebut. Begitu juga dengan keadaan apabila mereka mencapai tahap atau peringkat menopouse.

Kedua-dua permasalahan tersebut akan kami bincangkan di dalam kertas kerja kami ini. Bagi menerangkan secara lebih mendalam mengenai apa yang dialami oleh golongan wanita seperti masalah di atas, kami telah merujuk pelbagai pandangan, buku-buku ilmiah serta jurnal-jurnal yang berkaitan dengan masalah tersebut.

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu kajian bagi mengenal pasti jenis darah yang keluar sewaktu seseorang wanita mengandung dan yang telah mencapai peringkat menopouse. Terdapat perbezaan diantara jenis darah yang keluar bagi wanita yang mengandung dan menopouse. Bagi wanita yang mengandung dikatakan darah yang keluar itu merupakan darah haid, pendapat ini merupakan pendapat imam as-Syafii, namun telah terdapat perselisihan pendapat diantara para ulama. Manakala wanita yang menopouse pula dikatakan darah tersebut ialah darah istihadah. Ini adalah disebabkan oleh wanita yang telah mencapai peringkat atau tahap menopouse tidak mungkin akan mengeluarkan darah haid lagi. Bagi menjelaskan lagi permasalahan ini, beberapa kajian telah dilakukan terhadap pandangan-pandangan para ulama mengenainya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Menyatakan definisi darah haid,istihadah dan nifas.

ii. Menerangkan jenis darah yang keluar sewaktu wanita semasa mengandung dan menopouse.

iii. Mengetahui pandangan ulama mengenai masalah kajian

3.0 DEFINISI DARAH HAID, ISTIHADAH DAN NIFAS

Sebagai seorang wanita, mereka memiliki satu kekhususan peristiwa yang tidak diberikan kepada kaum Adam. Haidh, Nifas dan Istihadhah adalah kejadian natural yang mereka alami. Kesemua darah-darah tersebut mempunyai perbezaan di antara satu sama lain. Bagi memudahkan para pembaca memahami istilah-istilah darah yang terdapat dalam kajian ini, kami telah menerangkan sepintas lalu mengenai istilah-istilah darah tersebut :

i. Darah Haid

Darah Haid pada istilah bahasa arab ialah hada, yahidu, haidan yang bermaksud al-saylan iaitu aliran. Manakala dari segi istilah pula, haid membawa maksud, arah yang keluar dari rahim seseorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat. Bukannya darah melahirkan anak dan pecah dara. Ianya keluar di dalam tempoh masa yang tertentu mengikut kebiasaan seseorang wanita. Warnanya merah kehitam-hitaman, mempunyai bau yang tidak menyenangkan, hangat, dan kebiasaanya wanita akan mengalami kesakitan tubuh badan atau gangguan perasaan ketika didatangi haid.[1]

ii. Darah Istihadah

Istihadah merupakan darah yang keluar dari alat kelamin seseorang wanita bukan pada masanya yang biasa. Darah ini bukan darah haid yang biasanya datang kepada golongan wanita setiap bulan qamariah. Darah ini juga bukan darah nifas yang keluar selepas bersalin. Kadang-kadang darah istihadah bersambungan dengan darah haid atau nifas dan kadang-kadang juga tidak bersambung. Darah istihadah berbeza dengan darah haid berdasarkan sifat-sifat tertentu. Kelazimannya darah istihadah akan keluar akibat daripada penyakit seperti gangguan pada hormone atau barah (ketumbuhan) dan lain-lain lagi.[2]

iii. Darah Nifas

Nifas menurut bahasa ialah perempuan itu bersalin, iaitu apabila dia melahirkan kandungan. Nufasa’ ialah kata jama’ kepada nifas, al-nafsu pula ialah darah. Menurut istilah fiqh pula nifas ialah darah yang keluar semasa bersalin dan selepasnya sehingga tempoh masa yang tertentu. Nifas ialah sisa darah yang tertinggal semaa tempoh mengandung untuk bersalin.[3]

4.0 KEADAAN DARAH WANITA SEMASA MENGANDUNG DAN MENOPOUSE.

4.1 Keadaan Darah Wanita Semasa Mengandung.

Bagi seseorang wanita yang telah disahkan mengandung oleh seseorang doktor ataupun mengetahuinya dengan cara selain daripada itu, maka darah haidnya telah berhenti dan tidak akan akan keluar buat sementara waktu. Mengikut pendapat para ulama dan ahli perubatan, mereka telah bersepakat bahawa wanita yang sedang hamil tidak mungkin akan didatangi haidh. Perkara ini dikuatkan dengan hujahan Imam Ahmad[4] "Kaum wanita dapat mengetahui adanya kehamilan dengan berhentinya haid". Jika dilihat secara logik akal pula, darah haidh adalah bermaksud titisan dari dinding uterus yang tidak mengalami pembuahan (hamil). Jadi, apabila dinding uterus mengalami pembuahan, sudah tentulah darah haid akan berhenti dengan sendirinya.

Namun kita juga tahu bahawa Allah SWT maha berkuasa dan maha sempurna dalam menciptakan sesuatu kejadian. Dialah yang menciptakan makhluk-Nya, baik yang normal mahupun yang kurang normal seperti kebiasaanya. Tentunya hal itu menjadi bahan penelitian dan kajian yang mendalam oleh para ilmuwan untuk memecahkan teka-teki mengenainya.

Para ulama fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai darah yang keluar ketika seseorang wanita itu sedang mengandung :

Pendapat pertama : Mazhab Maliki dan As-Syafie telah memutuskan bahawa, mana-mana wanita yang melihat darah yang keluar ketika dia sedang hamil, maka darah tersebut dinamakan darah haid. Oleh itu wanita ini tidak perlu sembahyang.

Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Zuhri, Qatadah, List, Ishak dan menurut Ibn Qudamah riwayat ini adalah riwayat sahih daripada Aisyah r.a. Ini merupakan pendapat Yahya bin Said, Rabiah bin Abi Abdul Rahman dan Ibn Abi Salmah.

Pendapat kedua : Menurut pandangan mazhab Hanafi dan Hambali darah yang keluar ketika hamil bukan darah haid tetapi darah itu ialah darah rosak. Oleh itu wanita ini diwajibkan sembahyang.

Supaya pembaca lebih mudah untuk memahami perkara ini, kami telah membahagikan pandangan ulama seperti dibawah :

a. Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Maka masih wajib solat ke atas dirinya

b. Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

c. Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dan pastilah bahawa dia tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

d. .Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika sedemikian berlaku, maka tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

4.1.2 Dalil dan Perbincangan

a) Bagi mereka yang mengatakan bahawa darah yang dilihat oleh wanita hamil adalah darah haid berpandukan dalil seperti berikut[5] :

i. Dalil daripada ayat al-Quran :

وَيَسْلُونَكَ عَنِ ٱلمَحِيضِ‌ۖ قُل هُوَ أَذً۬ى

”Mereka bertanya kepada kamu tentang haid, katakanlah bahawa haid itu adalah suatu kotoran” (surah al-Baqarah 2:222)

ii. Hadith yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Abi Habish yang bermaksud :

”Apabila darah itu darah haid, maka darahnya berwarna hitam yang telah dikenali oleh kaum wanita”

Namun hadith ini berbentuk umum tanpa memisahkan antara wanita hamil dengan wanita yang mandul.

iii. Riwayat daripada Aisyah, bahawa dia pernah ditanya tentang wanita hamil yang melihat darah, adakah diwajibkan sembahyang? Aisyah menjawab, ”Dia tidak diwajibkan sembahyang sehingga darah itu hilang”.

Riwayat ini daripada al-Darami melalui Hammad bin Zaid daripada Yahya bin Said berkata, ” perkara ini tidak bercanggah sama sekali di sisi kami walaupun ia daripada Aisyah, iaitu wanita hamil yang melihat darah, tidak diwajibkan sembahyang sehingga dia suci.”

Yahya bin Said berkata, ” telah dikhabarkan kepada kami daripada Aisyah, bahawa dia memperingatkan demikian itu kepada kaum perempuan.”

iv. Darah itu masih diragui sama ada darah haid (semulajadi) atau rosak. Pada dasarnya darah ini bukan darah rosak sekiranya tidak bertentangan dengan ’iddah kerana tujuan ’iddah adalah untuk membersihkan rahim. Ia juga tidak akan tertunai dengan Ikraq (tiga kali suci) jika ada kandungan, kerana dia telah menunaikan ’iddahnya.

v. Kerana pada hari-hari biasa darah itu bersifat darah haid dan mengikut kadarnya. Maka harus dikatakan sebagai darah haid seperti darah hamil dan wanita yang menyusukan anak

b) Dalil bagi mereka yang menyatakan darah yang dilihat oleh wanita hamil bukan darah haid berdasarkan dalil-dalil seperti berikut :

i. Hadith Abi Said al-Khudri, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya,

”jangan kamu bersetubuh ( menikahi) dengan wanita hamil sehingga melahirkan kandungan, dan wanita yang tidak mengandung sehingga suci daripada haid.”

ii. Hadith Salim daripada ayahnya: Seorang suami telah menceraikan isterinya ketika haid. Maka Umar bertanya hal itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Lalu baginda bersabda yang bermaksud,

”hendaklah dirujuk kembali wanita itu, kemudia apabila suci dan hamil, maka ceraikanlah.”

Seorang yang hamil tidak didatangi haid dan wanita yang suci menunjukkan akan didatangi haid. Imam Ahmad berkata, ” Menempatkan kedudukan suci (tidak haid) pada tempat hamil,” Firman Allah s.w.t yang bermasksud,

” Hendaklah kamu ceraikan isteri-isteri kamu di waktu mulai haidnya.”

iii. Allah s.w.t berfirman :

”Isteri-isteri yan gdiceraikan suaminya, hendaklah menanti dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selam tiga kali quru’ (suci daripada haid).” (Surah al-Baqarah2:228)

Sekiranya perempuan-perempuan yang tua dan putus haid atau perempuan-perempuan yang muda (belum haid), ”lalu diturunkan firman Allah S.W.T yang bermaksud,

”perempuan-perempuan yang telah putus haid, jika kamu ragu-ragu (tentang ’iddahnya), maka ’iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga (’iddah) perempuan-perempuan yang belum haid.” ( Surah al-Talaq:65:4)

Manakala perempuan yang hamil tidak akan dikenakan tiga kali suci terhadapnya, akan tetapi ’iddahnya ialah selepas melahirkan anak. Berdasarkan firman Allah.S.W.T yang bermaksud,

”Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh ’iddahnya adalah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.” ( Surah al-Talaq 65:4)

iv. Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan supaya ummatnya bersuci, sama ada bersuci daripada haid bersih daripada kandungan. Para ulama’ bersepakat, apabila wanita yng berhaid dihalalkan dirinya untuk bersetubuh (dinikahi), tetapi tidak pula dihalalkan bagi wanita yang hamil (dinikahi) sehingga melahirkan kandungannya. Dalil ini menunjukkan bahawa wanita hamil mustahil didatangi haid. Jikalau didatangi haid juga, maka terbatallah apa yang disepakati oleh orang islam bahawa wanita hamil tidak boleh disetubuhi (dinikahi).

4.1.3 Pandangan Yang Terpilih

Setelah didedahkan pendapat kedua-dua belah pihak berserta denga dalil mereka dan berdasarkan kajian perubatan moden, maka pendapat yang menyatakan bahawa wanita hamil yang tidak berhaid adalah benar. Darah yang dilihat semasa hamil ialah darah rosak atau berpenyakit.

Dalam ilmu biologi, darah ini dikatakan bkan darah haid yang sebenar, walaupun dara itu datang pada waktu haid. Pendarahan ini berpunca daripada kerja yang berlebihan semasa tempoh kehamilan.

Apabila dibuat penelitian pada dalil yang ditetapkan kesahihannya, dapat diyakinkan bahawa kehamilan bertentangan dengan haid, kedua-duanya tidak mungkin bertembung pada satu masa.

Terdapat pelbagai jenis darah yang keluar daripada wanita semasa kehamilan, yang berpunca daripada penyakit pengeluaran darah ini kebiasaannya berlaku kepada wanita sebelum mengandung.

Secara zahirnya bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, dibolehkan untuk bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia merupakan darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح حيض أنه

Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)

Namun demikian Ibn Rusydi telah merujuk punca perselisihan pendapat bahawa masalah ini sukar untuk ditetapkan melalui percubaan kerana bercampur aduk antara dua perkara, iaitu kadang-kadang dikatakan darah haid, hal ini berlaku pada wanita hamil yang aktif dan keadaan janin dalam kandungan terlalu kecil. Kemungkinan juga disebabkan keadaan janin terlalu lemah maka darah ini dikatakan darah berpenyakit.

4.2 Keadaan Darah Wanita Semasa Menopouse.

Menoupouse bermaksud seseorang wanita yang telah putus haid. Tempoh bermulanya menopouse dikalangan mereka pula dikatakan ada yang cepat dan ada yang lambat. Namun, kebiasaannya tempoh monopouse bagi seseorang wanita bermula hampir sama dengan ahli keluarganya yang terdekat dari kedua belah ibu bapa. Sebagaimana contoh, jika saudara perempuannya mengalami monopouse semasa berumur 60 tahun, kemungkinan besar dia juga akan mengalami menopouse lebih kurang sama dengan keadaan saudaranya itu.

4.2.2 Dalil dan Perbincangan

Menurut pendapat al-Ahnaf menopouse bermula sewaktu seorang wanita itu berumur lima puluh tahun. Bagi wanita yang masih lagi berhaid di antara umur lima puluh hingga lima puluh lima tahun hukumnya adalah sama dengan wanita lain yang berhaid. Apabila mereka berumur lima puluh lima tahun barulah ianya bukan darah haid. Manakala menurut pendapat al-Malikiah pula, permulaan menopouse bagi seseorang wanita bermula sewaktu mereka berumur lima puluh tahun dan bagi wanita-wanita yang masih lagi berhaid diantara usia lima puluh hingga tujuh puluh tahun hukumnya adalah mengikut pengakuan mereka sendiri. Jika mereka mengatakan darah itu adalah darah haid maka hukumnya ialah haid dan begitu juga sebaliknya. Apabila mereka mencapai usia tujuh puluh tahun dengan pasti dan jelas darah yang masih keluar itu adalah bukan darah haid. Menurut pendapat al-Hanabilah pula, menopouse bermula apabila seseorang wanita itu mencapai tahap umur 50 tahun. Wanita yang masih lagi didatangi haid diantara umur lima puluh hingga enam puluh tahun pula diragui sama ada ianya merupakan darah haid atau darah istihadah.

Hampir keseluruhan ulama sependapat mengatakan bahawa menopouse bermula sewaktu seseorang wanita berumur lima puluh tahun. Tetapi terdapat juga wanita yang mengalami menopouse terlebih awal daripada tempoh tersebut disebabkan monopouse berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan seseorang wanita keadaan serta iklim setempat. Menopouse tidak akan memberi apa-apa kesan kepada seorang wanita kepada perkara yang berkaitan dengan hukum syarak kecuali dalam masalah yang berkaitan dengan iddah. Mereka juga diwajibkan sembahyang, berpuasa dan melakukan amalan-amalan ibadah yang wajib. Menopouse tidak menghalang seseorang wanita melakukan hubungan seks dengan suaminya. Bagi wanita-wanita yang menopouse yang diceraikan oleh suaminya kiraan iddah mereka adalah mengikut kiraan bulan iaitu selama tiga bulan.

Sebagaimana firman Allah s.w.t :

Ï«¯»©9$#ur z`ó¡Í³tƒ z`ÏB ÇÙŠÅsyJø9$# `ÏB ö/ä3ͬ!$|¡ÎpS ÈbÎ) óOçFö;s?ö$# £`åkèE£Ïèsù èpsW»n=rO 9ßgô©r&

Maksudnya: Dan wanita-wanita yang telah putus haid dari kalangan isteri-isteri kamu, jika kamu meragui tentang idah mereka, maka iddah mereka itu selama 3 bulan.

Surah al-Talaq : 4

Sebagaimana firman Allah s.w.t :

ßÏãºuqs)ø9$#ur z`ÏB Ïä!$|¡ÏiY9$# ÓÉL»©9$# Ÿw tbqã_ötƒ %[n%s3ÏR }§øŠn=sù ÆÎgøŠn=tæ îy$oYã_ br& šÆ÷èŸÒtƒ Æßgt/$uŠÏO uŽöxî ¤M»y_ÎhŽy9tFãB 7puZƒÌÎ/ ( br&ur šÆøÿÏÿ÷ètFó¡o ׎öyz Æßg©9 3 ª!$#ur ììÏJy ÒOŠÎ=tæ ÇÏÉÈ

Maksudnya : Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah al-Nur:60

4.2.3 Pandangan Yang Terpilih

Setelah di bentangkan pendapat-pendapat imam mengenai waktu usia seseorang mencapai tahap yang dikenali sebagai menopouse, maka pendapat yang dipilih adalah pendapat Imam syafie yang mengatakan bahwa tiada had berhenti bagi darah haid.semuanya bergantung kepada kehidupan perempuan itu.kebiasannya wanita menopause pada usia 62 tahun.namun ada juga wanita yang putus haid di usia 50 tahun dan semuanya bergantung kepada iklim, faktor persekitaran semasa.

Menurut muzakarah haji, wanita dikira putus haid setelah mendapat pengesahan dari pegawai perubatan yang mahir.Jika wanita telah tidak datang haid sekurang-kurangnya melebihi 6 bulan pada uruf umur wanita melayu melebihi 48 tahun, dia di kira putus haid (menopause). Sokongan lain yang perlu diambil kira adalah tanda-tanda putus haid dan melalui beberapa ujian darah yang mengesahkan bahawa wanita berkenaan telah putus haid. Jika darah keluar selepas pemeriksaan dan pengesahan tersebut maka ia dikira darah penyakit.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, kajian mengenai darah cairan yang keluar masa mengandung dan masa menopouse ada ditentukan oleh pandangan ulama-ulama mazhab melalui hujah-hujah yang telah di kemukakan. Dengan adanya khilaf di dalam bab ini ia akan memberikan penganut islam rahmat dan dapat memperluaskan pengetahuan tentang ilmu agama secara mendalam dan terperinci terutamanya dalam bab yang telah dibincangkan.

6.0 Penutup

Sampai di sinilah apa yang ingin kami tulis dalam judul yang penting ini. Sengaja kami batasi pembahasan pada pokok masalah dan kaedah umum. Jika tidak, maka segala cabang dan bagian masalah serta apa yang terjadi pada wanita dalam permasalahan ini bagai samudra tak bertepi. Namun, orang yang mengerti tentu dapat mengembalikan cabang dan bahagian permasalahan kepada pokok dan kaedah umumnya serta dapat mengkiaskan segala sesuatu dengan yang semisalnya.

Perlu diketahui oleh mufti (pemberi fatwa) bahwa dirinya adalah penghubung antara Allah dan para hambaNya dalam menyampaikan ajaran yang dibawa RasulNya s.a.w dan menjelaskan kepada mereka. Dia akan ditanya tentang kandungan Al- Qur’an dan sunnah, yang keduanya merupakan sumber hukum yang diperintahkan untuk dipahami dan diamalkan. Setiap yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan sunnah adalah salah, dan wajib ditolak, siapapun orang yang mengucapkannya serta tidak boleh diamalkan, sekalipun orang yang mengatakannya mungkin dimaafkan karena berijtihad, tetapi orang lain yang mengetahui kesalahannya tidak boleh menerima ucapannya.

Seorang mufti wajib memurnikan niatnya, semata-mata karena Allah SWT, selalu memohon maunahNya dalam segala kondisi yang dihadapi, meminta kehadiratNya ketetapan hati dan petunjuk kepada kebenaran.

Al-Qur’an dan Sunnah wajib menjadi pusat perhatiannya. Dia mengamati dan meneliti keduanya atau menggunakan pendapat para ulama untuk memahami keduanya.

Sering terjadi suatu permasalahan, ketika jawabannya dicari pada pendapat para ulama tak didapati ketenangan atau kepuasan dalam keputusan hukumnya, bahkan mungkin tidak diketemukan jawabannya sama sekali. Akan tetapi setelah kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah tampak baginya hukum permasalahan itu dengan mudah dan gamblang. Hal itu sesuai dengan keikhlasan, keilmuan dan pemahamannya.

Wajib bagi mufti bersikap hati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam memutuskan hukum manakala mendapatkan sesuatu yang rumit. Betapa banyak hukum yang diputuskan secara tergesa-gesa, kemudian setelah diteliti ternyata salah. Akhirnya hanya boleh menyesali dan fatwa yang terlanjur disampaikan tidak dapat diperbetulkan.

Seorang mufti jika diketahui bersikap hati-hati dan teliti, ucapannya akan dipercaya dan diperhatikan, tetapi jika dikenali sebagai seorang yang sering kali membuat kekeliruan, nescaya fatwanya tidak akan dipercaya orang. Maka dengan kecerobohan dan kekeliruannya dia telah menjauhkan dirinya dan orang lain dari ilmu dan kebenaran yang diperolehnya.

Semoga Allah SWT menunjukkan kita dan kaum muslimin kepada jalan-Nya yang lurus, melimpahkan inayahNya dan menjaga kita dengan bimbinganNya dari kesalahan. Sungguh, Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia.

Selawat dan salam semoga tetap dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, juga kepada keluarga dan para sahabatnya. Puji bagi Allah, dengan nikmatNya tercapailah segala kebaikan.

Rujukan

Dr. Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Soal Jawab Mudah Berkaitan Haid, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama 2008.

Yahya Abdul Rahman al-Khatib, Hukum Syariat Islam Ke Atas Wanita Hamil, Jasmin Enterprise, cetakan pertama 1999.

Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum Wanita & Keluarga, Pustaka Dini SDN BHD, cetakan pertama 2001.

Siti Hajar Ibrahim dan Siti Sakinah Abdul Aziz, Risalah Fiqh Wanita, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama 1997.

Muhammad Bin Salim Bin Hafizh, Fiqeh Wanita, Pustaka National Pte Ltd, cetakan pertama 2005.

Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-'Utsaimin, Risalah Fid Dimaa' Ath-Thabii'iyah Lin Nisaa'



[1] Dr Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Soal Jawab Mudah Berkaitan Haid, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama 2008, halaman 5-6.

[2] Dr Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Soal Jawab Mudah Berkaitan Haid, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama 2008, halaman 5-6.

[3] Yahya Abdul Rahman al-Khatib, Hukum Syariat Islam Ke Atas Wanita Hamil, Jasmin Enterprise, cetakan pertama 1999, halaman 9-10.

[4] Risalah Fid Dimaa' Ath-Thabii'iyah Lin Nisaa' . Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-'Utsaimin

[5] Dr Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Soal Jawab Mudah Berkaitan Haid, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama 2008, halaman 13-19.